Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua wira,
Susulan keadaan jerebu yang melanda, semua warga kerja khususnya posmen yang bertugas di luar dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.
😷 Pakai penutup muka ketika berada di luar.
💧 Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
🫁 Kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu dan jaga kesihatan pernafasan.
🛌 Dapatkan rehat yang mencukupi selepas menjalankan tugas.
Kesihatan anda amat berharga. Jagalah diri demi keluarga dan insan tersayang.
Ikhlas daripada
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS)
Semenanjung Malaysia
