UPUS HQ telah mengadakan Taklimat Presiden dengan  Ahli-Ahli UPUS Cawangan Ipoh dan Kunjungan Hormat  dengan Pengurusan Pos Negeri Perak pada 25 Februari 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Pos Besar, Ipoh, Perak.

Antara pejabat yang dilawati adalah seperti MPC, Metro A, Metro B, PPL Ipoh, PSM Sg. Senam dan PSM Taman Ipoh.

Pelbagai isu-isu telah dibangkitkan yang melibatkan isu dalaman dan isu di Pengurusan Pos di Negeri Perak.

Pegawai UPUS HQ yang menghadiri Majlis tersebut adalah Sdra. Ismail Bin Ali (Presiden), Sdra. Samsudin Bin Ibrahim (Timbalan Presiden), Sdra. Haji Ahmad Tarmizi Bin Taib (Naib Presiden), Sdra. Wan KamarulAndee Bin Othman (Penolong Setiausaha Agung I), Sdra. Sohibol Bahrin Bin Mohammed Ramlan (Bendahari Agung) dan Sdra. Mohd Fadli Bin Yusof ( Penolong Bendahari Agung).

 

Dilaporkan oleh:

Haji Shahrul Ariff Bin Ariffin

Setiausaha UPUS Cawangan Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *