UPUS Cawangan Kedah telah menghadiri taklimat Cadangan Pindaan Undang-undang Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) dan Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada 19 Ogos 2019 (Isnin) jam 08.00 pagi bertempat di Auditorium Aras 1, Wisma Persekutuan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Alor Setar, Kedah.
Pegawai UPUS Kedah yang terlibat adalah Sdra. Zainudin Bin Ahmad (Pengerusi) dan Sdra. Usaini Bin Mohamed (Setiausaha).
Dilaporkan oleh:
Usaini Bin Mohamed
(Setiausaha UPUS Cawangan Kedah)