UPUS Ibu Pejabat telah menghadiri seminar pada 06 Ogos 2026 (Khamis) jam 08.00 pagi di Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor.

Shah Alam, 6 Ogos – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menganjurkan Seminar Pemerkasaan Pematuhan Undang-Undang Perburuhan di Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini, bagi meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan pematuhan undang-undang pekerjaan dalam kalangan majikan, pekerja dan pemimpin kesatuan.

Seminar yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang itu dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, bacaan doa serta ucapan aluan dan perasmian oleh YBrs. Puan Normawati binti Ahmad
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor.

Sesi pertama menampilkan perkongsian daripada Puan Zahratul Najiha
Penolong pengarah kanan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, yang memberi penekanan terhadap pelaksanaan serta penguatkuasaan undang-undang perburuhan bagi memastikan hak pekerja sentiasa terpelihara dan dipatuhi oleh semua pihak.

Seminar diteruskan dengan sesi kedua yang dikendalikan oleh Tuan Harjit Singh Harikay A/L Gulzara Singh Penguasa Imigresen Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Perkongsian tersebut memberi penerangan mengenai usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam menangani isu berkenaan.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut daripada penceramah sebelum penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Penganjuran seminar ini diharapkan dapat memperkukuhkan pemahaman 180 peserta mengenai peruntukan undang-undang perburuhan, meningkatkan tahap pematuhan di tempat kerja serta menggalakkan hubungan perusahaan yang lebih harmoni demi kesejahteraan majikan dan pekerja.

Pegawai Ibu Pejabat yang terlibat adalah Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali (Presiden) dan Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi (Setiausaha Agung).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *