Dengan penuh penghargaan, UPUS merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kurier Negara 2026 kepada seluruh warga kurier di Malaysia, khususnya warga kerja Pos Malaysia.
Warga kurier merupakan tulang belakang perkhidmatan penghantaran negara yang sentiasa komited, berdedikasi dan gigih menjalankan amanah demi memastikan setiap kiriman sampai ke destinasi.
Di sebalik setiap penghantaran, terdapat pengorbanan, keringat dan komitmen insan yang menjadi penghubung antara masyarakat, komuniti dan negara.
Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan sumbangan seluruh warga kurier serta terus memperjuangkan kebajikan, keselamatan, kesejahteraan dan pengiktirafan terhadap profesion ini.
Terima kasih, Wira dan Wirawati Kurier! ❤️📦
Ikhlas daripada :
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia
