UPUS Ibu Pejabat telah menghadiri program bicara pada 02 April 2026 (Khamis) jam 12.00 tengahari di Rhe Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Program Bicara dan Perkongsian “Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa” telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis, 2 April 2026 bertempat di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jalan Lapangan Terbang SAAS, Subang.
Program yang diadakan sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 (Zon Tengah) ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pengamal industri, pihak penguat kuasa, institusi kewangan, pengamal undang-undang serta para peserta yang hadir bagi bersama-sama menelusuri isu semasa berkaitan dunia pekerjaan, keselamatan digital dan cabaran siber masa kini.
Majlis bermula seawal jam 12.00 tengah hari dengan pendaftaran peserta serta sajian ringan, sebelum acara utama dimulakan pada sebelah petang.
Acara utama bermula pada jam 2.00 petang menerusi Majlis Peluncuran Sambutan Hari Pekerja 2026 – Menelusuri 1 Mei 2026 yang disusun penuh istiadat dan semangat patriotik.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor, diikuti dengan Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa sebagai pembuka acara.
Seterusnya, para hadirin diperdengarkan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Shaharin bin Umar Pemangku Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan, kebajikan pekerja serta kesiapsiagaan masyarakat pekerja dalam mendepani perubahan landskap pekerjaan masa kini.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, yang menyentuh mengenai komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pekerjaan negara, melindungi hak pekerja, serta memperkasakan rakyat dengan ilmu, kemahiran dan kesedaran terhadap cabaran baharu khususnya dalam era digital.
Sebagai simbolik perasmian, acara diteruskan dengan gimik peluncuran, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama para tetamu kehormat dan peserta program.
Program ini juga berjaya menjadi platform yang berkesan dalam menyemarakkan Sambutan Hari Pekerja 2026, di samping menonjolkan kepentingan pekerja sebagai tunjang pembangunan negara.
Majlis turut di hadirin oleh Datuk Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC.
Pegawai yang terlibat adalah Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali (Presiden) dan Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi (Setiausaha Agung).









