Maklumat daripada Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police.
POSTING TIPU DERMA!!
Mesti ramai yang dah terbaca dan repost cerita abang posmen ni kan?
(LINK FACEBOOK)
Admin dimaklumkan bahawa pemilik page ‘Masakan Utara Barat’ (https://www.facebook.com/masakan.utara.7) ini telah ditangkap kerana menipu.
Modus operandi yang digunakan adalah saspek memuatnaik posting tentang kesusahan abang-abang posmen di page tersebut. Dan apabila ada individu yang mesej/komen di page untuk menghulurkan bantuan, saspek akan memberikan no akaun bank untuk mangsa berikan wang.
Kalau admin baca posting-posting beliau tu, memang susah nak percaya dia ni scammer. Bersumpah bagai. Tapi begitulah dunia hari ini ya anak-anak. Hari ini cakap sayang, esok belum tentu lagi. Ehhhhh… Maksud admin, zaman sekarang ni, kena berhati-hati untuk percaya. Scammer ni ibarat akal labah-labah di gua buruk suka merakut.
Admin cuma nak pesan kepada anak-anak muda di luar sana. Jangan cari wang dengan jalan mudah. Ingatlah pepatah ni, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.