PERUTUSAN PRESIDEN
10 April 2020.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua ahli kesatuan.
Dengan rasa insaf dan rendah diri, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Agung UPUS (EXCO) ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua anggota kerja terutamanya ahli kesatuan yang berada di barisan hadapan (frontliner) yang bertugas dalam keadaan wabak Coronavirus yang sedang melanda negara pada waktu ini.
Sebagai sebuah syarikat berkepentingan awam (essential services) yang memerlukan pengoperasian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu dan dilanjutkan sehingga 28 April 2020, saya mengharapkan semua ahli kesatuan khasnya dan anggota kerja Pos Malaysia Berhad amnya sentiasa siap siaga dan sabar menghadapi cabaran yang amat besar ini.
Diharapkan semua anggota kerja dapat menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas dengan memakai topeng muka (mask), sarung tangan (glove) dan sentiasa mencuci tangan menggunakan pencuci tangan (sanitizer).
Sekiranya bekalan kehabisan di Pusat-Pusat Poslaju atau Pusat-Pusat Serahan Mel, sila maklumkan kepada Pengurus masing-masing. Ini kerana semua Pengurus telah diberikan bekalan kewangan sejak awal bermulanya PKP sebanyak RM500.00 sebagai modal awal untuk alat perlindungan diri (PPE) sementara menunggu bekalan dari Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad sampai.
Di waktu ini, telah berlaku peningkatan di luar jangkaan semasa Covid-19 ini dengan lambakan item pos laju hampir di seluruh negara. Ini disifatkan sebagai good problem kepada syarikat kerana pada masa yang sama pula berlaku penurunan mel yang amat ketara di Pusat-Pusat Serahan Mel.
Diharapkan dengan berlakunya lambakan item laju ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kestabilan dan kedudukan kewangan syarikat.
Saya mendoakan semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT pada sepanjang tempoh wabak ini melanda negara kita.
Sekian.
ISMAIL BIN ALI
Presiden.
2018-2021