UPUS Ibu Pejabat telah mengadakan Pert6andingan Bola sepak pada 15 – 16 Ogos 2026 (Sabtu – Ahad) jam 08.00 pagi di Padang Arena UPUS, Poscode, Bangi, Selangor.

32 PASUKAN SERTAI KEJOHANAN ANJURAN JHEKS SEL/WPKL, UNI-MLC DAN UPUS

Bangi, Selangor, 16 Ogos 2026 — Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia Koperasi UNI-MLC Berhad serta Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia melabuhkan tirai dengan jayanya selepas berlangsung selama dua hari, pada 15 dan 16 Ogos 2026.

Kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan, terdiri daripada pasukan kesatuan sekerja dan pasukan bukan kesatuan sekerja.

Selain menjadi medan mencungkil bakat dan mengeratkan hubungan silaturahim, pertandingan ini turut menjadi platform memperkukuh semangat kerjasama serta perpaduan dalam kalangan warga kesatuan sekerja dan komuniti.

Majlis menjemput En. Jad Raffai bagi menyampaikan sumbangan kepada para pengadil sebagai tanda penghargaan atas komitmen, profesionalisme dan kerjasama mereka dalam memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lancar dan teratur.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kedudukan keempat dan ketiga.

Hj. Ismail bin Hj. Ali – Presiden telah dijemput untuk menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut.

Tempat keempat berjaya diraih oleh Kesatuan FELDA, yang menerima wang tunai RM400 berserta medal.

Sementara itu, Kesatuan KWSP berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Pasukan tersebut menerima wang tunai RM500 sebagai hadiah kemenangan serta Medal.

Majlis menjemput Yang Berhormat Datuk
Mohamed Shafie BP Mammal untuk menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya menduduki tempat kedua -Naib juara.

Kesatuan NUTP muncul sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai RM600 berserta medal.

Kemuncak majlis penutupan menyaksikan penyampaian hadiah kepada juara pertandingan.

Tuan Haji Azzal bin Hj. Abu Talib bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara.

Kesatuan RISDA akhirnya dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka 2026 bagi edisi kedua.

Sebagai juara, Kesatuan RISDA membawa pulang:

  • Wang tunai RM1,000
  • Piala Iringan
  • Piala Pusingan Pengarah JHEKS Selangor/WPKL
  • Medal

Penganjur merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua 32 pasukan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Penghargaan turut diberikan kepada para pemain, pengurus pasukan, pengadil, urus setia, petugas teknikal serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar.

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka ini bukan sekadar medan untuk merebut kejuaraan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh jaringan kesatuan sekerja dan menyemarakkan budaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Semoga penganjuran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih besar serta membawa manfaat kepada seluruh warga kesatuan sekerja.

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada Juara Kesatuan RISDA, Naib Juara Kesatuan NUTP, tempat ketiga Kesatuan KWSP dan tempat keempat Kesatuan FELDA.

Tahniah kepada semua peserta — anda semua adalah juara dalam semangat kesukanan!

Pegawai yang terlibat adalah :-

Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali (Presiden)
Sdra. Sohibol Bahrin Bin Mohammed Ramlan (Timbalan Presiden)
Sdra. Haji Shahrul Ariff Bin Arifin (Naib Presiden)
Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi (Setiausaha Agung)
Sdra. Zulkernaen Bin Sahbudin (PSUAI)
Sdra. Usaini Bin Mohamed (PSUAII)
Sdra. Wan KamarulAndee Bin Othman (Bendahari Agung)
Sdra. Rosly Bin Muha (Pen. Bendahari Agung)
Sdra. Azriel Azzuar Bin Zainol (EXCO Perlis)
Sdra. Husaini Bin Abdullah (EXCO Kedah)
Sdra. Mohd Fikri Bin Haji Romli (EXCO WPKL)
Sdra. Mohd Fadzli Bin Dahalan (EXCO Negeri Sembilan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *