Untuk makluman semua anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS), Semenanjung Malaysia, permohonan Kad Pekerja Madani telah diaktifkan.
Sila pastikan anggota memohon No. Keanggotaan dan Tarikh Menjadi Anggota daripada Setiausaha UPUS Cawangan masing-masing.
1.Syarat Kelayakan ✅
• Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
• Ahli aktif kesatuan sekerja yang berdaftar & disahkan oleh pihak kesatuan.
• Pendaftaran adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.
2. Manfaat Kad
Kad digital ini memberikan:
• Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat seperti AEON, Mydin, Giant, Lotus’s, Jakel, Marrybrown, ZUS Coffee, Old Town White Coffee, Genting, SOCAR, Bateriku dan banyak lagi .
• Akses kepada program latihan kemahiran bersubsidi, peluang pembangunan kerjaya dan bantuan kebajikan serta keselamatan sosial .
3. Langkah Permohonan
Sila rujuk langkah-langkah pengaktifan Kad Pekerja Madani yang disertakan.

