UPUS HQ telah mengadakan perjumpaan dengan Pengurusan Pos Negeri Perak pada 11 September 2019 (Rabu) jam 03.00 petang bertempat di Pejabat Pos Besar, Ipoh, Perak.
Pelbagai isu-isu telah dibangkitkan yang melibatkan isu dalaman dan isu di Pengurusan Pos di Negeri Perak.
Pegawai UPUS HQ yang menghadiri Majlis tersebut adalah Sdra. Ismail Bin Ali (Presiden), Sdra. Samsudin Bin Ibrahim (Timbalan Presiden) dan Sdra. Haji Mohd Nor Bin Haji Awang (Setiausaha Agung).