21hb Mei 2026, Federal Hotel, KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tertinggi UNIMLC telah berlangsung dengan jayanya di bawah pimpinan Presiden UNIMLC, Datuk Haji Shafie BP Mammal yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan melibatkan barisan kepimpinan tertinggi serta wakil-wakil kesatuan.

Program tersebut turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Pengapit Pekerja Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JKRS) PERKESO yang telah disampaikan oleh Encik Yuzain bin Md Razak.

Antara penerima watikah lantikan daripada UPUS ialah:

  • Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi – Setiausaha Agung
  • Sdra. Usaini Bin Mohamed – PSUA II
  • Sdra. Muhamad Syukri Bin Ahmad – EXCO Taiping

Selain itu, turut berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Ahli Panel Mahkamah Perusahaan Malaysia yang telah disempurnakan oleh Yang Arif Tuan Zulhelmy Bin Hasan, Timbalan Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Antara penerima watikah lantikan Ahli Panel Mahkamah Perusahaan Malaysia bagi UPUS ialah:

  • Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali – Presiden•
  • Sdra. Haji Shahrul Ariff Bin Arifin – Naib Presiden
  • Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi – Setiausaha Agung
  • Sdra. Wan KamarulAndee Bin Othman – Bendahari Agung
  • Sdra. Azriel Azzuar Bin Zainol – EXCO Perlis
  • Sdra. Mohd Faizal Bin Abd Rahim – EXCO Pulau Pinang
  • Sdra. Muhamad Syukri Bin Ahmad – EXCO Taiping
  • Sdra. Mohd Hasran Bin Harun – EXCO Kelantan

Dalam majlis yang sama, satu Majlis Persaraan turut diadakan bagi meraikan Tuan Haji Asri bin Abdul Wahab atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

UPUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UNI-MLC dan ucapan tahniah kepada semua penerima watikah lantikan atas amanah dan kepercayaan yang diberikan. Diharapkan pelantikan ini akan terus memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja di negara ini.

Sekian, terima kasih

Haji Nikmatullah bin Abu Baka Citi
Setiausaha Agung UPUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *