UPUS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khas 2019 yang melibatkan Biro Kerjaya dan Biro Kewangan pada 17 – 18 Jun 2019 di Pejabat UPUS, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini diadakan untuk perbincangan dan pembentangan laporan dari Biro-Biro tersebut.
Pegawai yang terlibat adalah Pegawai Kanan, EXCO Perlis, EXCO Kedah, EXCO Ipoh, EXCO PMIH, EXCO Melaka dan EXCO Terengganu.