UPUS Cawangan Seberang Perai telah mengadakan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Cawangan Bil. 2/2021 pada 05 September 2021 (Ahad) jam 2.00 petang secara Google Meet bertempat di kediaman AJK masing-masing.
Turut serta dalam Mesyuarat tersebut adalah Sdra. Ismail Bin Ali (Presiden UPUS).
Tujuan Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan isu dalaman Cawangan dan isu-isu semasa di Pos Negeri Pulau Pinang untuk dibentangkan kepada Pengurusan Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Dilaporkan oleh:
Fadzli Bin Yusof
Setiausaha UPUS Cawangan Seberang Perai.