UPUS Ibu Pejabat telah menghadiri mesyuarat pada 29 Julai 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi di Pejabat UNI-MLC, Bangsar Park, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations – IR) UNIMLC telah berjaya diadakan pada 29 Julai 2026 di Pejabat UNIMLC, Bangsar dengan kehadiran seramai 21 orang Industrial Relations Practitioners, termasuk pegawai-pegawai kanan UNIMLC.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Mathialagan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan (IR) UNIMLC.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah penyusunan semula struktur pentadbiran Jawatankuasa IR UNIMLC, pemantapan tatakelola organisasi serta pengurusan kewangan jawatankuasa bagi memastikan fungsi dan peranan Jawatankuasa IR terus diperkukuh serta mampu memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada ahli-ahli gabungan.
Pegawai Ibu Pejabat yang terlibat adalah Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali (Presiden) dan Sdra. Haji Nikmatullah Bin Abu Baka Citi (Setiausaha Agung).


