Kesatuan UPUS Cawangan Kelantan telah menziarahi Ahli Cawangan Kelantan iaitu Sdra. Wan Saidi Bin Wan Mahmood NP 10162 yang bertugas di Serahan Pasir Mas pada 10 Februari 2019 (Ahad) di rumah beliau. Beliau mengidap penyakit Saraf dan jangkitan kuman dan mengakibatkan beliau tidak boleh berjalan lagi.
Kesatuan UPUS Cawangan Kelantan juga turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada beliau.
Kesatuan UPUS Cawangan Kelantan diwakili oleh Sdra. Zakaria Bin Ibrahim (Setiausaha) dan Sdra. Mohd Nawi Bin Mat Nor (Bendahari).
Dilaporkan oleh:
Zakaria Bin Ibrahim
Setiausaha UPUS Cawangan Kelantan.