MTUC menganjurkan sesi setengah hari yang dikendalikan oleh Encik Arun Kumar dari M/s. Arun and Associate

Program ini dianjurkan kepada Pegawai yang telah membantu kami dalam “Meja Bantuan MTUC Covid19 ” melalui dalam talian.

Oleh kerana kami akan beroperasi semula sebagai pusat perkhidmatan untuk semua pekerja di Ibu Pejabat Wisma MTUC. Kami ingin memastikan bahawa pegawai kami bersiap sedia sepenuhnya dengan norma-norma baru dan isu-isu umum yang akan berbangkit selepas Covid19.

Ini adalah program setengah hari yang penuh bermanfaat kerana Encik Arun menerangkan kepada kami tentang masalah umum dan bagaimana menangani masalah tersebut sesuai dengan Undang-undang perburuhan.

Semua yang hadir diberi pencerahan mengenai keadaan semasa dan banyak persoalan dan pandangan yang bernas diajukan mengenai bagaimana pekerja diabaikan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

Semua yang hadir meninggalkan program dengan rasa yakin untuk membantu pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *