Mulai 1 Jun 2026, lebih 9 juta pekerja formal yang mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) akan menikmati perlindungan menerusi Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO secara automatik.
Melalui skim ini, pekerja kini dilindungi daripada kesan kemalangan bukan bencana kerja sepanjang masa, termasuk ketika berada di luar waktu bekerja, pada hujung minggu, cuti umum dan hari kelepasan am.
Pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam merupakan langkah progresif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara agar lebih menyeluruh, dinamik dan selari dengan amalan terbaik antarabangsa demi kesejahteraan tenaga kerja Malaysia.
Maklumat lanjut & permohonan faedah:
📌 Permohonan Faedah:
lindungfaedah.perkeso.gov.my/
📖 Soalan Lazim (FAQ):
www.perkeso.gov.my/images/lindung/lindung-24-jam/FAQ_Skim_LINDUNG_24_Jam300526.pdf.
