UPUS Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Kunjungan Hormat dengan Pengurusan Pos Negeri Sembilan pada 18 November 2020 (Rabu) jam 03.00 petang bertempat di Pejabat Pengurus Negeri, Negeri Sembilan.
Pelbagai isu-isu telah dibangkitkan yang melibatkan isu dalaman dan isu di Pengurusan Pos di Negeri Sembilan.
Turut hadir ke sesi kunjungan tersebut adalah Sdra. Ismail Bin Ali (Presiden) dan Sdra. Haji Mohd Nor Bin Haji Awang ( setiausaha Agung).
Dilaporkan oleh:
Zulkernaen Bin Sahbudin
Setiausaha UPUS Cawangan Negeri Sembilan.