UPUS HQ telah mengadakan Kunjungan Hormat dengan Pengurusan Pos Negeri Johor pada 14 September 2020 (Isnin) jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Pos Negeri, Johor.
Pelbagai isu-isu telah dibangkitkan yang melibatkan isu dalaman dan isu di Pengurusan Pos di Negeri Johor.
Pegawai UPUS HQ yang menghadiri Majlis tersebut adalah Sdra. Ismail Bin Ali (Presiden), Sdra. Samsudin Bin Ibrahim (Timbalan Presiden), Sdra. Haji Ahmad Tarmizi Bin Taib (Naib Presiden), Sdra. Wan KamarulAndee Bin Othman (Penolong Setiausaha Agung I), Sdra. Abd Ghani Bin Abd Latiff (Penolong Setiausaha Agung II), Sdra. Sohibol Bahrin Bin Mohammed Ramlan (Bendahari Agung) dan Sdra. Mohd Fadli Bin Yusof ( Penolong Bendahari Agung).