UPUS Cawangan Selangor telah menghadiri kejohanan karom pada 31 Januari 2026 (Sabtu) jam 08.30 pagi di Dewan Banquet MBSA, Pejabat Cawangan, Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
SHAH ALAM, 31 Januari 2026 – Kejohanan Karom Beregu Terbuka Piala Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Cawangan Setia Alam, bermula jam 9.00 pagi.
Kejohanan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor & Wilayah Persekutuan, UPUS dan ANULAE ini berjaya menghimpunkan sebanyak 48 pasukan beregu yang terdiri daripada ahli-ahli pelbagai kesatuan sekerja dari sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pertandingan yang dianjurkan secara beregu terbuka ini khusus untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar dan bertujuan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara kesatuan-kesatuan sekerja melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai yang menarik, dengan johan membawa pulang RM500 berserta piala dan piala iringan, diikuti Naib Johan RM400, tempat ketiga RM300, tempat keempat RM200, manakala tempat kelima hingga kelapan masing-masing menerima RM100.
Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta mempamerkan tahap kemahiran, strategi serta disiplin yang tinggi, menjadikan setiap perlawanan berlangsung sengit dan menarik. Suasana dewan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Pihak penganjur juga dengan rendah hati memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang perjalanan kejohanan berlangsung, dan beriltizam untuk melakukan penambahbaikan pada penganjuran akan datang.
Diharapkan penganjuran kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh perpaduan, semangat muafakat serta kesejahteraan ahli-ahli kesatuan sekerja.
Pegawai yang terlibat adalah:-
1) Sdra. Haji Ismail Bin Haji Ali (Presiden)
2) Sdra.Haji Nikmatullah Bin Abu8 Baka Citi (Setiausaha Agung)
3) Sdra. Mohamad Norazlan Bin Ali Rahman (Setiausaha)
4) Sdra. Mohd Nurul Amar Bin Ramli (PSU)
Pemain :-
1- Mohd Riza Bin Yahya (SU PMIH)
2- Abdul Rauf Bin Hamat (AJK PMIH)
3- Nizamudin (Wakil Cawangan)
4- Kamarul Hisam (Wakil Cawangan)
5- Kahirul Azwan (Wakil Cawangan)
6- Hairul Akmal (Wakil Cawangan)
7- Norazuan (Wakil Cawangan)
8- Mohd Fairuz (Wakil Cawangan)
Dilaporkan oleh :
Mohamad Norazlan Bin Ali Rahman
Setiausaha UPUS Cawangan Selangor.






