Persiapan awal bermula pada 8 April 2020 dengan pihak MTUC membeli barang-barang asas seperti beras, dal, minyak masak, bawang dan kentang untuk dibungkuskan. Semua bekalan ini di tanggung sepenuhnya oleh pihak Kedutaan.
Penghantaran bermula esokan harinya dengan fasa pertama seramai 426 orang di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Fasa kedua akan menyusul bagi baki 700 lebih warga Bangladesh selepas selesai fasa pertama dan penghantar di sekitar tempat yang sama.
Terdapat lebih kurang 20 orang sukarela yang mewakili MTUC turut serta di dalam penghantaran ini yang menggunapakai kenderaan sendiri.
Manakala UPUS di wakili oleh Sdra. Ismail bin Ali, Sdra Haji Mohd Nor bin Awang, Sdra Mohd Fadli bin Yusof dan Sdra Sohibul Bahrin bin Mohamed Ramlan (simpanan) dengan bantuan kenderaan dari Pos Malaysia Berhad bersama kad touch n go dan kad minyak.
Penghantaran ini akan di buat secara berperingkat-peringkat ke seluruh negara dengan bantuan dari MTUC di negeri-negeri. Bantuan Pos Malaysia hanya di perlukan di negeri Johor kerana jumlah warga yang ramai sekitar 400 orang dan di Perak kerana keluasan negeri berkenaan.
Kesinambungan penghantaran di kedua-dua negeri ini akan diteruskan oleh UPUS Cawangan Johor dan Perak.
Sekian,
Laporan
ISMAIL ALI.
Presiden UPUS.